CAMERON HIGHLANDS, 24 Disember 2019 (The Capital Post) – Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Ramli Mohd Nor berkata beliau kesal dengan protes yang berlaku di Kuala Terla pagi semalam. Menurut beliau kerana protes ini, ramai pelancong yang menuju ke Cameron Highlands melalui Tanah Rata dan Brinchang tersangkut (terkandas) lebih sejam di Kampung Raja.
YB Ramli juga turut berkata sekiranya berlaku kecemasan yang melibatkan pengangkutan ambulans, ini boleh menyukarkan kepada pengguna jalan raya lain. YB Ramli yang memberikan penekanan kepada sektor perlancongan dan pelancong berkata “Cameron Highlands mempunyai 50 ribu penduduk dan ratusa ribu pengunjung tidak henti henti menikmati percutian disini. Usah terlalu mudah terpengaruh dengan dakyah politik sehingga sanggup mencemarkan imej Cameron Highlands” dalam satu kenyataan laman facebook beliau semalam.
Yb Ramli mengingatkan bahawa urusan tanah terletak dibawah kuasa kerajaan negeri pahang and memohon para petani untuk membuat rayuan atau membuat permohonan baharu untuk mengusahakan tanah lain namun YB Ramli tidak menyatakan apa usaha yang telah diambil oleh beliau selaku wakil rakyat dalam kenyataan tersebut. – The Capital Post