Blanc calon CEO baharu Man United

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Manchester United dilaporkan mahu mendapatkan Jean-Claude Blanc sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu mereka.

-Advertisement-

Semalam United mengumumkan yang Richard Arnold melepaskan jawatan berkenaan selepas 16 tahun bersama kelab.

Arnold diganti sementara oleh Patrick Stewart dan Blanc dikatakan antara calon yang akan mengisi jawatan di Old Trafford itu.

-Advertisement-

Blanc ketika ini memegang jawatan di syarikat milik Jim Ratcliffe, INEOS. Jutawan British itu dijangka menyempurnakan perolehan 25 peratus saham Manchester United dalam masa terdekat.

Blanc, 60, mempunyai pengalaman dalam bola sepak dan pernah bersama Paris Saint-Germain serta Juventus.

Dia memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran ketika di Paris dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di Juventus.
– AGENSI
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427