KUANTAN: Penentuan sepakan penalti memihak kepada pasukan At Puterajaya untuk muncul juara menewaskan Cougar United 4-3 pada kejohanan bola sepak B-12 Piala Micqha Terbuka Pahang di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
Tempat ketiga dikongsi bersama dua pasukan dari Kuala Lumpur, EX Kemas 2017 dan Melawati Junior Tiger.
Pertandingan julung kali dianjurkan oleh Kumpulan Micqha dan Pelindung Kids Football Club (PKFC) menarik penyertaan 24 pasukan tempatan termasuk dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM2,000.
Perlawanan akhir antara At Puterajaya dan Cougar United tidak dapat diadakan berikutan hujan lebat, jadi penganjur memutuskan sepakan penalti bagi menentukan juara dan naib juara.
Pengurus PKFC, Mohammad Din berkata pertandingan yang diadakan itu antara lain bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
-BeritaHarian