Amaran hujan berterusan mulai Khamis di Pantai Timur, utara Semenanjung

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Luruan monsun dijangka berlaku di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah selama tiga hari bermula 16 hingga 18 November ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah dalam tempoh berkenaan.

“Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang membabitkan negeri Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa pada 16 hingga 18 November 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Beliau berkata, bagi negeri Pahang dan Sabah pula berkuat kuasa pada 17 hingga 19 November 2023.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang turut berkuat kuasa pada 16 hingga 19 November 2023.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427