“Waytha Moorthy boleh saman saya” – YB Senator Datuk T.Mohan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 20 Disember 19 – (The Capital Post)  “YB Senator P. Waytha Moorty boleh menyaman saya semata – mata kerana membangkitkan persoalan janji – janji beliau kepada masyarakat India” kata YB Senator Datuk T.Mohan Ahli Dewan Negara merangkap Naib Presiden MIC.

-Advertisement-

YB Senator Datuk T.Mohan berkata YB Senator P. Waytha Moorthy yang pernah membawa satu petisyen yang ditandatangai oleh ribuan masyarakat india Malaysia dalam usaha menyaman Kerajaan British selepas perhimpunan HINDRAF 25november 2007 telah gagal memenangi kes berkenaan di mahkamah London. Berikutan daripada keputusan mahkamah tersebut Waythamoorthy mempunyai tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua masyarakat india di Malaysia akan kegagalan beliau dalam kes ini” ujur beliau.

YB Waytha Moorthy (sebelum menjadi Menteri) sentiasa menyalahkan Kerajaan Malaysia, Pentadbiran Barisan Nasional dan MIC dengan alasan masyarakat India diabaikan kepentingannya di Malaysia tetapi selepas beliau menjadi Menteri dalam Kerajaan Pakatan Harapan, beliau ini menyalahkan masyarakat india pula dengan dakwaan masyarakat india tidak menggunakan peluang yang sedia ada. Jadi apa langkah yang telah diambil oleh YB Waytha dalam memberikan penerangan dan pendedahan akan peluang yang ada?. Parlimen merupakan tempat yang sesuai untuk berdebat mengenai isu ini dan YB Waytha Moorty gagal memberikan jawapan kepada soalan yang mementingkan masyarakat india di Malaysia, tambah Senator YB Datuk T.Mohan.

-Advertisement-

Naib Presiden MIC itu juga menyoal kepentingan yang diberikan oleh Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional tersebut dalam menangani isu bilangan kerusi Matrikulasi khas kepada pelajar india yang telah dikurangkan beserta jumlah pinjaman Tekun kepada masyarakat india yang juga telah dikurangkan secara drastik dalam bajet 2020.

Ini merupakan rentetan daripada perbahasan “panas” di Parlimen Isnin lepas antara YB Senator P. Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional dengan YB Senator Datuk T.Mohan yang menyoal status isu saman yang dikemukakan oleh Waytha Moorthy di London beberapa tahun lepas. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427