KUALA LUMPUR: Pengedar rasmi Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memperhebatkan lagi tawaran untuk rangkaian kenderaan elektrik (EV), menerusi kempen ‘Go electric’ untuk model-model e-tron.
Antara tawaran istimewa termasuklah pakej eksklusif untuk Q8 e-tron 55 dan e-tron GT yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki serta menikmati keseronokan memandu kereta elektrik Audi.
Kempen ‘Go electric’ yang baru diperkenalkan memberi peluang kepada pemilik untuk mendapat penjimatan sehingga RM93,000 di samping kelebihan yang sudah diterima daripada pengecualian cukai oleh kerajaan.
Bagi model RS e-tron GT, harga dengan ‘Go electric’ adalah RM699,990 berbanding harga asal RM792,990, manakala model e-tron GT quattro dengan Pakej Dynamic ditawarkan pada harga RM599,990 menerusi kempen ‘Go electric’ berbanding harga asal RM666,990.
Kedua-dua model akan mendapat manfaat tambahan iaitu percuma pengecas wallbox MOON (22kW/11kW),
Percuma kredit JomCharge berjumlah RM1,000 dan percuma pengecasan pantas DC 180 kW DC di mana-mana
Audi Centre.
Harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk premium insurans atau Program Jaminan Audi (AAP) yang boleh ditambah sebagai pilihan yang dicadangkan.
Sebagai tawaran pra-akhir tahun, model Audi Q8 e-tron 55 dan Q8 Sportback e-tron 55 hadir dengan AAP secara percuma menerusi kempen Your Perfect Q, electrified’.
AAP memberikan pelanggan penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun dan jaminan tambahan daripada pengeluar selama tiga tahun yang menjadikannya kepada lima tahun.
Bantuan tepi jalan juga diberikan percuma untuk lima tahun pertama selepas kenderaan didaftarkan.
Kempen ‘Go electric’ dan ‘Your Perfect Q, electrified’ akan berakhir pada 31 Disember 2023.
– BeritaHarian