LONDON: Chelsea berdepan pemotongan mata selepas Liga Perdana Inggeris melancarkan siasatan terhadap perpindahan Willian dan Samuel Eto’o.
Kedua-dua pemain itu ditandatangani ketika era Roman Abramovich dari kelab Russia, Anzhi Makhachkala.
Bayaran dikatakan dibuat kepada “entiti Russia” yang berasingan daripada mana-mana yuran perpindahan.
Bayaran kepada keluarga pemain-pemain juga dalam siasatan badan induk bola sepak Inggeris itu.
Liga Perdana memulakan siasatan ke atas kewangan kelab di bawah era Abramovich pada Ogos, termasuk urusan perpindahan.
Perjanjian untuk menandatangani Willian dan Eto’o pada tahun 2013 menimbulkan keraguan pemilik Chelsea sekarang.
Todd Boehly mengesan bayaran berasingan ketika dia meneliti kewangan kelab sebelum membeli Chelsea pada 30 Mei 2022.
Jika didapati bersalah, hukuman termasuk pemotongan mata akan dikenakan ke atas Chelsea.
– AGENSI
– BeritaHarian