Keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan selamat tiba di tanah air

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan selamat tiba di tanah air semalam.

Wisma Putra melalui kenyataan memaklumkan, mereka dibawa pulang sebagai langkah berikutan konflik Palestin-Israel semakin berterusan dan kawasan Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel.

“Mereka diarahkan untuk kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan, sebagai langkah proaktif kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di kawasan konflik Palestin-Israel,” katanya.

Wisma Putra memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut bagaimanapun masih beroperasi seperti biasa bagi mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di negara itu.

“Wisma Putra turut mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di Lubnan termasuk pasukan pengaman ATM-PBB iaitu MALBATT yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL),” katanya.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464