Alvarez, Doku tampil pemusnah Leipzig

Estimate Reading Time: < 1 minute

LEIPZIG, Jerman: Julian Alvarez dan Jeremy Doku tampil dari bangku pemain simpanan untuk meledak gol lewat perlawanan sekali gus membantu Manchester City menang 3-1 ke atas RB Leipzig pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

-Advertisement-

Berdepan Leipzig dalam pertandingan itu buat musim ketiga berturut-turut, City mendominasi sejak awal dan Phil Foden merembat masuk gol pembukaan pada minit ke-25 selepas satu gerakan menakjubkan daripada pemain remaja Rico Lewis.

Gagal memberi sebarang cabaran pada babak pertama, Leipzig bangkit menyamakan kedudukan tiga minit selepas rehat menerusi Lois Openda yang menjaringkan gol selepas satu serangan balas pantas.

-Advertisement-

Namun ketika Leipzig menumpukan untuk mengekang penyerang utama Erling Haaland, yang meledak lima gol dalam tempoh 60 minit kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu, Alvarez sebaliknya menyumbat gol penting apabila dia melakukan sepakan lencong lima minit selepas dimasukkan.

Doku kemudian melengkapkan kemenangan itu dengan gol pada minit kedua masa kecederaan.

Penyerang City, Foden memuji gol ‘magik’ Alvarez, memberitahu TNT Sports “dia seseorang yang kami harapkan bagi gol dalam perlawanan besar.”

“Dia masuk dan mengubah corak perlawanan. Dia pemain yang amat penting buat kami.”

Bos City, Pep Guardiola memuji pasukan “sempurnanya”, menyatakan “kami menguasai perlawanan dengan banyak hantaran dan apabila pasukan mampu melakukan perkara ini, perkara yang amat bagus akan berlaku.”

“Kami bermain satu perlawanan yang fantastik di segenap bahagian.”

City hadir pada perlawanan itu selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut buat kali pertama sejak Januari lalu.
-AFP
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427