RIO DE JANEIRO- Kerajaan Brazil merancang melelong sebanyak 44 projek infrastruktur pada tahun depan, kata Menteri Infrastruktur Tarcisio Freitas pada Jumaat.
Daripada 44 projek itu, 22 adalah lapangan terbang yang telah diserahkan kepada pihak swasta.
Beliau berkata selain itu, terdapat sembilan pelabuhan, tujuh lebuh raya dan enam landasan kereta api.
Antara lebuh raya yang akan dilelong adalah lebuh raya Presiden Dutra, terletak kira-kira 400 kilometer dan menghubungkan bandaraya terbesar di Brazil, Rio dan Sao Paulo.
Menurut menteri itu, kerajaan berhasrat menarik pelaburan bernilai 101 bilion reals (US$24.6 bilion) menerusi projek-projek berkenaan, lapor agensi berita Xinhua.
“Kami mempunyai projek yang menarik dan pelabur juga menunjukkan minat,” kata Freitas.
Pada 2019, sebanyak 27 aset termasuk 12 lapangan terbang, dilelong yang menjana pendapatan sebanyak 5.4 bilion dolar (US$ 1.3 bilion).- BERNAMA