Pakar Singapura bantu dapatkan rakaman suara 30 minit terakhir dalam pesawat sebelum terhempas

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berdepan kesukaran mendapatkan data daripada kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina Khamis lalu, selepas disahkan hangus terbakar.

-Advertisement-

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pihak berkuasa itu berjaya membuka CVR terbabit dan berjaya mengeluarkan komponen ‘memory puck’ yang mengandungi data rakaman suara dalam pesawat terbabit.

Katanya, CVR bersama komponen ‘memory puck’ itu sudah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir dalam kokpit pesawat berkenaan.

“Apabila (CVR) dihantar ke makmal BSKU, (mereka) mendapati CVR terbabit rosak teruk di bahagian luarnya dan selepas itu kita mendapat tawaran bantuan teknikal daripada pihak Singapura.

-Advertisement-

“Pakar mereka datang ke Malaysia pada Jumaat lalu dan keesokannya berjaya membuka CVR serta mengeluarkan komponen ‘memory puck’.

“‘Memory puck’ itu didapati masih dalam keadaan baik, namun oleh kerana kita tidak ada peralatan untuk mendapatkan data dalam ‘memory puck’ itu, ia dihantar ke Singapura semalam,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan nahas pesawat berkenaan, hari ini.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427