Badan pemantau reformasi kesihatan akan ditubuhkan – Kertas Putih Kesihatan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Satu badan pemantau akan diwujudkan bagi memantau secara berterusan pelaksanaan reformasi kesihatan, menurut Kertas Putih Kesihatan.

-Advertisement-

Badan pemantau itu diperlukan untuk mengekalkan komitmen dan membolehkan penyesuaian dilaksanakan mengikut keperluan.

Dalam masa yang sama, badan pemantau itu menjadi satu jawatankuasa yang bebas untuk memantau, menganalisa, melaporkan status serta mengemukakan syor dan cadangan penyesuaian kepada pelaksanaan reformasi sistem kesihatan.

Kertas Putih Kesihatan itu juga menjelaskan badan pemantau itu diwujudkan sebagai mekanisme semak dan imbang serta memastikan kestabilan pelaporan proses reformasi dalam persekitaran ekonomi politik sepanjang tempoh reformasi dan memastikan komitmen terhadap reformasi kesihatan jangka panjang.

Pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan reformasi kesihatan diperlukan untuk mengekalkan komitmen dan membolehkan penyesuaian dilaksanakan mengikut keperluan.

“Oleh yang demikian, penubuhan sebuah badan pemantauan seperti pasukan petugas khas (special task force), jawatankuasa, Majlis, atau suruhanjaya dicadangkan untuk memastikan reformasi kesihatan yang diusulkan kalis masa hadapan.

-Advertisement-

“Penubuhan badan pemantauan ini akan memastikan kestabilan pelaporan proses reformasi dalam persekitaran ekonomi politik sepanjang tempoh itu,” menurut dokumen itu.

Dalam masa yang sama, penubuhan badan pemantau itu dapat meneruskan komitmen untuk melaksanakan reformasi jangka panjang akan dapat dikekalkan walaupun berlaku perubahan dalam pentadbiran dan kepemimpinan politik.

Ahli badan pemantauan akan dilantik daripada pelbagai kepakaran berkaitan dengan sistem kesihatan, perlindungan sosial serta transformasi sistemik jangka panjang.

Syarat penubuhan dan operasi akan dikaji dan diteliti mengikut tatacara dan pekeliling Kerajaan, serta perbincangan lanjut dengan agensi pusat yang berkaitan.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427