Darurat diisytiharkan bila gelombang haba makin membimbangkan – Ahmad Zahid

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia mengaktifkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20 termasuk mengisytiharkan darurat sekiranya keadaan gelombang haba akibat Fenomena El-Nino semakin membimbangkan.

-Advertisement-

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagaimanapun buat masa ini kerajaan tidak bercadang berbuat demikian.

“Darurat? Belum lagi tetapi kita sudah bersedia. Kita gunakan arahan No. 20 MKN sebagai melaksana langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

-Advertisement-

“Kita pakai arahan No. 20…kita sedang pantau 24 jam kalau ada darurat kita akan buat pengumuman. Buat masa ini belum lagi,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sama ada kerajaan akan mengisytiharkan perintah Darurat berikutan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.

– Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427