Kertas Putih Kesihatan: KKM tumpu pembiayaan kesihatan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pembaharuan sistem pembiayaan kesihatan dalam mewujudkan sistem kesihatan terbaik antara fokus dalam Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen akan datang.

-Advertisement-

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata kementeriannya sentiasa berhubung dengan Kementerian Kewangan dalam mencari kaedah untuk meningkatkan perbelanjaan kesihatan awam daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata, pencapaian KDNK ketika ini adalah 2.9 peratus, berbanding KDNK negara lain yang setara yang sudah mencapai lima peratus.

“Insya-Allah kita sentiasa berhubung dengan Kementerian Kewangan, khususnya memahami mengapa kita memerlukan perbelanjaan atau bajet sedemikian untuk memastikan sistem kesihatan berada pada tahap terbaik.

-Advertisement-

“Saya yakin ia akan mendapat sokongan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Penyelidikan Klinikal 2023 dan forum anjuran Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Dr Zaliha, Kementerian Kesihatan ( KKM) ketika ini juga sedang mengkaji model pembiayaan kesihatan yang sesuai, termasuk mendapatkan input dari negara luar.

Namun, katanya, sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan mengenai perkara itu.

“Insya-Allah selepas kita berjaya membentang Kertas Putih di Parlimen Jun ini dan kita akan menggariskan semula semua perkara berkaitan termasuk sistem pembiayaan kesihatan ini,” katanya. – Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427