Lelaki disyaki bakar 13 motosikal, 4 skuter di KLCC, ditahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit membakar 13 motosikal dan empat skuter elektrik di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang, petang semalam.

-Advertisement-

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan selepas dikesan berada berhampiran lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 4 petang semalam yang dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

“Susulan kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan sebelum menahan lelaki terbabit beberapa jam selepas kejadian.

-Advertisement-

“Ketika penahanan, polis merampas sebuah motosikal jenis RS, serangkai kunci motosikal, satu helai baju, satu helai seluar, satu sarung tangan, satu beg, satu jam tangan dan satu pemetik api,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata, suspek terbabit direman enam hari bermula hari ini hingga 19 April depan.
“Pada masa ini pihak polis menerima 10 laporan polis dari mangsa berhubung kejadian khianat ini serta masih menyiasat motif suspek,” katanya.

Semalam, tular rakaman video menerusi aplikasi media sosial mengenai kebakaran yang berlaku. – Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427