2 lelaki mengaku tak bersalah pukul pekerja restoran

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEPANG: Dua lelaki yang terbabit menyerang seorang pekerja restoran Pelita Nasi Kandar di Cyberjaya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas beberapa pertuduhan menyerang, mengeluarkan kata-kata kesat serta merosakkan peralatan restoran.

-Advertisement-

Dua tertuduh iaitu Elanggovan Muniyandi dan Vengateswaran Malaisamy, kedua-duanya berusia 51 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Pada 17 Mac lalu, media melaporkan seorang pekerja restoran di Cyberjaya cedera akibat dibelasah tiga lelaki yang juga pelanggan restoran itu yang dipercayai mabuk.

-Advertisement-

Kejadian dipercayai berlaku selepas seorang daripada tiga suspek terbabit mengambil lauk nasi kandar dengan tangan dan ditegur pekerja restoran.

Teguran itu membuatkan suspek menjadi berang dan bertindak agresif dengan memukul pekerja berkenaan.

Susulan kejadian itu, pekerja restoran terbabit mendakwa mengalami lebam pada leher, kepala, bahu kiri dan telinga akibat dipukul suspek, malah video kejadian itu tular di media sosial. – Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427