PUTRAJAYA, 20 Okt 2022 (The Capital Post): Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala hari pengundian awal ialah pada 15 November ini.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dalam sidang media di Menara SPR, dekat sini, sebentar tadi.
(The Capital Post)