KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kerja Raya, Tun Dr S Samy Vellu meninggal dunia pagi ini.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan di Facebook beliau sebentar tadi.
“Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Tun Sammy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Paari,” katanya.
-BH