COVID-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat kepada 1.39

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Ro/Rt) pada paras 1.39, semalam, meningkat berbanding 1.32 kelmarin.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam perkongsian melalui media sosial berkata Sarawak mengatasi kadar kebangsaan dengan merekodkan Rt 1.68 semalam, juga naik berbanding 1.48 pada hari sebelumnya.

Ia disusuli Perlis (1.65); Sabah (1.59); Labuan (1.51); Terengganu (1.40); Kedah (1.36); Putrajaya (1.35) dan Pulau Pinang (1.34).

Seterusnya, Pahang (1.28); Johor (1.26); Selangor (1.25); Kelantan dan Perak (masing-masing 1.24); Melaka (1.20); Kuala Lumpur (1.18); dan Negeri Sembilan (1.14).

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut menyarankan orang awam supaya menjalani ujian COVID-19 kendiri dengan segera jika didapati bergejala.

-Advertisement-

“Jika anda adalah kontak rapat kepada kes COVID-19, tunggu tempoh lima hari untuk menjalani ujian kendiri.

“Jika anda ingin berhimpun, jalani ujian kendiri sebelum perhimpunan,” katanya.

Semalam, Malaysia mencatat angka harian COVID-19 lima digit untuk hari ketiga berturut-turut, dengan sebanyak 13,944 kes baharu dilaporkan.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427