Individu 18 tahun ke atas didaftar automatik sebagai pengundi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan didaftarkan secara automatik sebagai pengundi termasuk yang berada di luar negara apabila undang-undang mengenainya dikuatkuasakan kelak.

-Advertisement-

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin, berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) komited untuk melaksanakan had usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik menjelang 31 Disember ini.

“Segala maklumat warganegara Malaysa pastinya akan turut sama didaftar sebagai pengundi dan mengikut peraturan serta undang-undang yang termaktub, tidak ada yang akan terkecuali.

“Ini bermakna mereka yang berada di luar negara, walaupun tidak berdaftar sebagai pemilih, mereka secara automatiknya akan berdaftar sebagai pemilih,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

-Advertisement-

Beliau menjawab soalan tambahan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang bertanya sama ada pendaftaran automatik akan dipanjangkan kepada pengundi di luar negara dan Sabah serta Sarawak yang bermastautin di Semenanjung.

Berita lanjut menyusul

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427