KKM masih guna sistem HIDE – Khairy

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi menggunakan sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) bagi membolehkan kawasan berpotensi menjadi kluster dikenalpasti lebih awal.

-Advertisement-

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, bagaimanapun, ketika ini, data membabitkan HIDE tidak didedahkan kepada umum berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berkuatkuasa.

“Kita masih menggunakan HIDE di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dan KKM.

“Ia masih digunakan bagi memberi amaran mengenai kawasan yang berkemungkinan menjadi kluster,” katanya pada sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), secara maya, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya berpandangan kawasan Lembah Klang sedang menuju kemuncak kes positif harian dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu ini dan berharap selepas itu ia akan mulai menunjukkan penurunan.

-Advertisement-

Ditanya mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 dalam mengurangkan pesakit kategori 4 dan 5, Khairy berkata, pihaknya akan mendapatkan data terperinci mengenai pesakit yang dikesan ketika ini.

Pun begitu, katanya, berdasarkan kepada data sedia ada, trend menunjukkan biarpun ada individu yang sudah mendapat vaksin yang kini berada dalam kategori empat dan lima, peratusannya sangat rendah berbanding mereka yang belum menerima sebarang dos vaksin COVID-19.

“Sebagai contoh, kita lihat jumlah kes harian semalam (1 Ogos), seramai 106 pesakit adalah dalam kategori lima, 96 daripada mereka belum menerima vaksinasi manakala 10 mempunyai sejarah pelalian.

“Bagi kategori empat pula, seramai 47 daripada 65 pesakit belum divaksinasi manakala 18 sudah menerima vaksin. Trend sama boleh dilihat pada kategori lain juga,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427