Giroud sertai AC Milan

Estimate Reading Time: < 1 minute

MILAN: Pengarah AC Milan Paolo Maldini mengesahkan penyerang Chelsea dari Perancis, Olivier Giroud akan tiba di Itali dan kelab kesal kehilangan penjaga gol Gianluigi Donnarumma yang menyertai Paris Saint-Germain.

-Advertisement-

“Olivier akan tiba di Milan esok (hari ini). Dia seorang juara, bukan saja dengan pasukan kebangsaan, dia melakukan banyak perkara hebat bersama Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara.

“Dia pemain yang boleh diharapkan dan itu yang kami cari-cari. Kami mempunyai pasukan yang muda dan kami memerlukan pemain dengan pengalaman sepertinya,” kata Maldini.

Pemenang Piala Dunia berusia 34 tahun itu dilaporkan akan menandatangani kontrak dua tahun bernilai 3 juta euro (RM14.91 juta) semusim dengan naib juara Serie A itu, yang akan memulakan musim baharu di Sampdoria.

-Advertisement-

Arsenal dan Chelsea menang besar
Penyerang bintang Milan Zlatan Ibrahimovic, 39, menjalani pembedahan lutut di Rome pada Jun dan tidak dapat dipastikan bila akan dapat beraksi.

Giroud menyertai Chelsea selepas enam musim bersama Arsenal pada Januari 2018. Dia tiba di England dari Montpellier di mana dia memenangi Ligue 1.

Sepanjang di England, Giroud mengumpul empat trofi Piala FA dan tiga Perisai Komuniti bersama Chelsea dan Arsenal.

Dia memenangi Europa League dan Liga Juara-Juara bersama Chelsea.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427