2 menara telekomunikasi baharu tingkat capaian internet

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Pembinaan dua menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang mula beroperasi sejak Jun lalu memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk di Kampung Rhu Sepuluh dan Kampung Kuala Kubang di Setiu menikmati jaringan telekomunikas 4G yang lebih baik.

-Advertisement-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, pembinaan menara baharu dengan liputan 4G itu memberi manfaat dan impak positif kepada Pantai Penarik yang menjadi antara lokasi pelancongan utama di Setiu.

-Advertisement-

“Penambahbaikan liputan 4G di bawah inisiatif JENDELA yang dikawal selia MCMC dalam kawasan Parlimen Setiu dilaksanakan secara berterusan dengan 15 menara baharu lagi diluluskan dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula suku kedua tahun 2022.

“Kerja naik taraf liputan kepada 4G di 78 menara sedia ada sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula Ogos ini sehingga Mac tahun depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427