HTAR, Hospital Shah Alam akan tambah kapasiti katil

Estimate Reading Time: < 1 minute

Shah Alam: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Shah Alam kini dalam proses menambah kapasiti katil di hospital masing-masing.

-Advertisement-

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, semua hospital di Selangor menerima peningkatan kes Covid-19 yang tinggi terutama membabitkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan sejak akhir Jun lalu.

“Peningkatan kemasukan pesakit akut di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam berlaku susulan daripada hospital berkenaan dijadikan Hospital Berpakar Major bukan Covid-19 yang memberi rawat pesakit bukan Covid-19 sekitar Petaling.

“Bagi HTAR pula, kebanyakan pesakit-pesakit terbabit dirawat terlebih dahulu di Jabatan Kecemasan sementara menunggu katil di wad.

“Oleh itu, pertambahan katil terpaksa dilakukan di luar Jabatan Kecemasan HTAR untuk sementara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian mengulas status semasa keadaan hospital di Selangor susulan viral gambar keadaan Jabatan Kecemasan di HTAR dan Hospital Shah Alam.

Dr Sha’ari berkata, mobilisasi kakitangan kesihatan dari luar Lembah Klang turut dijalankan bagi membantu situasi Covid-19 di Lembah Klang meliputi pegawai perubatan, jururawat dan penolong pegawai perubatan.

“Penambahan bilangan katil juga sedang diusahakan melalui pengaktifan hospital medan di Hospital Tuanku Mizan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perolehan darurat peralatan perubatan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

“JKNS menyarankan kepada orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memerangi pandemik Covid-19,” katanya.-METRO


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427