Delegasi EU, MOSTI bincang isu sijil digital COVID-19 esok

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung isu pengiktirafan Sijil Digital COVID-19 EU, esok.

-Advertisement-

Kenyataan itu dijangka menyusul selepas delegasi berkenaan dijadual mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Perjumpaan itu bagi berbincang mengenai Sijil Digital COVID-19 EU yang dilaporkan hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca diluluskan Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Sumber rapat dengan delegasi itu, berkata pihaknya dijangka mengeluarkan kenyataan esok selepas pertemuan terbabit.

“Delegasi EU hanya akan mengeluarkan kenyataan pada hari esok selepas mengadakan perjumpaan bersama MOSTI,” katanya kepada BH, hari ini.

-Advertisement-

Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, dilaporkan berkata, Malaysia akan meminta penjelasan lanjut daripada EU berhubung dakwaan Sijil Digital COVID-19 EU hanya mengiktiraf vaksin AstraZeneca yang diluluskan EMA.

Susulan itu katanya, satu pertemuan akan diadakan bersama wakil EU di Malaysia berhubung perkara itu.

Khairy menegaskan yang Malaysia berpendirian, jika sesuatu vaksin itu diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka negara lain perlu memberi pengiktirafan kepada mereka yang menerima vaksin berkenaan.

“Malaysia juga berharap tiada diskriminasi dari segi kilang mana vaksin itu datang kerana produk AstraZeneca menggunakan formula sama, sama ada dikilangkan di Eropah, India, Korea Selatan atau Thailand,” katanya.

Khairy menegaskan, sebarang langkah mengasingkan kilang tertentu dalam pengeluaran produk yang diiktiraf oleh WHO itu adalah tidak adil.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427