Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 Negara dilancarkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) Negara bagi meningkatkan keupayaan Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan serta berdaya saing.

-Advertisement-

Dasar 4IR Negara digubal menggunakan pendekatan berpaksikan kemanusiaan supaya rakyat memanfaatkan teknologi, selain mengekalkan nilai kemanusiaan, sosial dan warisan budaya selaras matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dasar itu mengandungi empat teras utama yang menyasarkan tiga kumpulan, iaitu masyarakat, perniagaan dan kerajaan.

Beliau menjelaskan, empat teras itu melengkapi rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran 4IR, membentuk negara yang ada kesalinghubungan melalui pembangunan infrastruktur digital, menyediakan peraturan sesuai dengan keperluan masa depan supaya fleksibel dengan perubahan teknologi, serta mempercepat inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR.

-Advertisement-

“Empat teras dasar ini akan menjadi panduan kepada kementerian dan agensi dalam merangka program berkaitan 4IR.

“Teras ini akan dilaksana berpandukan 16 strategi, 32 inisiatif nasional dan 60 inisiatif sektoral dikenal pasti. “Bagi mengurangkan potensi risiko berkaitan sosial yang wujud daripada 4IR, elemen kepercayaan, inklusiviti, keselamatan siber, etika dan nilai akan diterapkan dalam semua inisiatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Dasar 4IR Negara secara maya hari ini.

Majlis pelancaran itu turut disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427