Kemudahan selesa buat ibu hamil terima vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang memberi keutamaan khas kepada lebih 4,000 ibu mengandung untuk menerima vaksin COVID-19, semalam.

-Advertisement-

Dengan lebih 100,000 wanita hamil sudah mendaftar sebagai penerima vaksin untuk melindungi diri dan kandungan, langkah itu menandakan kemajuan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam memastikan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut perancangan.

PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (SPCC) di sini, dikhususkan untuk memvaksin 2,600 ibu mengandung semalam, manakala 1,500 menerima suntikan di PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) di ibu negara.

-Advertisement-

Penasihat Khas (Teknologi) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dimishtra Steven Sittampalam, berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mungkin yang pertama di dunia menyediakan PPV khusus untuk ibu mengandung.

“JKJAV mungkin yang pertama di dunia menyediakan kemudahan khusus untuk ibu mengandung dengan 1,500 penerima di MITEC dan 2,600 di SPCC (diberi suntikan) hari ini (semalam) sebelum di seluruh negara berdasarkan EDD (jangkaan tarikh bersalin),” katanya menerusi Twitter.

Tinjauan BH di PPV SPCC di sini, mendapati tahap keselesaan maksimum diberi kepada golongan ibu mengandung yang hadir menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427