Saluran Astro terjejas, dalam proses baik pulih

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Penyedia satelit Astro Malaysia Holdings Bhd, MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd mengalami gangguan perkhidmatan sejak tengah hari tadi, dan Astro sedang berusaha untuk menangani masalah berkenaan.

-Advertisement-

Astro dalam kenyataan ringkas hari ini berkata penyedia kandungan pelbagai platform itu telah memulihkan sebahagian besar saluran yang terjejas, dan ia kini dalam proses memulihkan baki saluran secepat mungkin.

“Pelanggan yang tidak dapat menemukan saluran mereka, boleh terus menonton menerusi ‘strim’ di Astro GO. Astro memohon maaf terhadap kesulitan yang timbul,” menurut kenyataan itu.

-Advertisement-

Beberapa saluran perkhidmatan televisyen satelit itu telah mengalami gangguan siaran sejak tengah hari tadi.

Astro adalah syarikat penyedia kandungan dan hiburan ternama di Malaysia, yang membekalkan perkhidmatan kepada 5.7 juta kediaman, atau 74 peratus daripada isi rumah televisyen Malaysia.-METRO


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427