Kakitangan pelantar minyak cetus Kluster Samedra

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kota Kinabalu: Seorang kakitangan pelantar minyak yang dijangkiti Covid-19 mencetuskan kluster baharu membabitkan tempat kerja di Sabah, semalam.

-Advertisement-

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster dikenali sebagai Kluster Samedra di Kota Kinabalu itu membabitkan penularan jangkitan dalam kalangan kakitangan pelantar minyak di Platform FPSO Kikeh.

“Kes indeks adalah seorang penyelia lelaki berusia 35 tahun yang mula bergejala sejak 2 Jun lepas sebelum disahkan positif Covid-19 hasil saringan pekerjaan pada tarikh sama di klinik swasta.

-Advertisement-

“Turut dikesan positif ialah 24 kontak dalam kalangan rakan sekerja kes indeks, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 25 kes. Aktiviti saringan dan kawalan masih giat dijalankan,” katanya.

Selain itu, Masidi turut berkata selain Kluster Samedra, satu lagi kluster iaitu Kluster Serudung Baru di Tawau berkait rapat dengan majlis hari jadi yang diadakan di rumah kes indeks dan dihadiri ahli keluarga pada 12 Jun lepas.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427