COVID-19: Giliran Hospital Selayang guna kontena simpan jenazah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Selepas Hospital Sungai Buloh, kini tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah pesakit COVID-19.

-Advertisement-

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi perkongsian di Facebook malam ini, memaklumkan satu kontena khas disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang di sini.

“Kontena khas ini boleh menempatkan 20 jenazah atau mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh,” kata KKM.

-Advertisement-

Menurut catatan itu, jumlah kematian akibat virus COVID-19 semakin hari semakin bertambah, terutama di Lembah Klang dengan KKM melaporkan satu lagi rekod tertinggi untuk jangkitan harian COVID-19 iaitu sebanyak 7,857 kes.

Setakat hari ini, negara mencatatkan pertambahan 59 kes kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 kini sebanyak 2,491 kes.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427