KUALA LUMPUR: Malaysia terus merekodkan bilangan kes baharu COVID-19 tertinggi apabila sebanyak 7,857 kes dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 541,224 kes.
“Selangor mencatat 2,675 kes, diikuti Sarawak (772), Kelantan (754), Kuala Lumpur (561), Johor (549), Pulau Pinang (365) dan Sabah (217 kes).
“Sejumlah 353 kes direkodkan di Negeri Sembilan, manakala Perak (228), Kedah (441), Melaka (234), Pahang (238), Terengganu (282), Labuan (170), Putrajaya (12) dan Perlis (enam),” katanya.-BH