MILAN: Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi sejarah pagi tadi apabila bergelar pemain pertama menjadi penjaring terbanyak dalam tiga liga utama – England, Sepanyol dan Itali.
Pemain berusia 36 tahun itu menjaringkan 29 gol pada kempen kali ini, lebih lima berbanding penjaring kedua terbanyak dari Belgium, Romelu Lukaku buat pasukan juara, Inter Milan.
Penyerang Portugal itu adalah penjaring terbanyak di England bersama Manchester United pada 2008 dan tiga kali di Sepanyol bersama Real Madrid pada 2011, 2014 dan 2015.
Tapi ini kali pertama dalam tiga musim, bekas pemenang lima kali Ballon d’Or itu menjaringkan gol terbanyak.
Ronaldo meledak 21 gol dalam musim pertama selepas menyertai kelab itu pada 2018 dan 31 musim lalu apabila dia menamatkan kempen di belakang penyerang Lazio, Ciro Immobile yang mencetak 36 gol.
Dalam semua kejohanan, dia kini meledak 101 buat Juventus.-BH