Ditahan selepas 2 jam meragut

Estimate Reading Time: < 1 minute

Petaling Jaya: Peragut berjaya ditahan polis dalam tempoh dua jam selepas dia melakukan jenayah itu di hadapan sebuah rumah di Taman Kanagapuram di sini, hari ini.

-Advertisement-

Dalam kejadian pada 11.45 pagi itu, wanita warga emas berusia 65 tahun yang berada di hadapan rumahnya didatangi lelaki berusia 27 tahun menunggang motosikal dan terus merampas telefon bimbitnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bertindak atas laporan yang diterima tindakan pantas dari sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berjaya menahan suspek terbabit.

-Advertisement-

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dijalankan, suspek mengaku terbabit dengan jenayah ragut di kawasan Taman Kanagapuram.

“Semakan juga mendapati suspek memiliki 11 rekod jenayah lampau membabitkan kes curi, rompak, samun, mendatangkan kecederaan dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.-METRO


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427