Wanita warga Vietnam, korban pertama COVID-19 Laos

Estimate Reading Time: < 1 minute

BANGKOK: Seorang wanita warga Vietnam menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di Laos.

-Advertisement-

Menurut media tempatan, kematian wanita berusia 53 tahun itu disahkan pihak berkuasa sekali gus menjadi korban pertama akibat COVID-19 di negara berkenaan.

Mangsa yang bekerja di sebuah kelab karaoke dekat ibu kota, Vientiane menghidap penyakit diabetes sekali gus menyebabkan keadaan kesihatannya merosot dengan cepat.

Media tempatan turut melaporkan Kementerian Kesihatan Laos melakukan konsultasi telekesihatan dengan hospital Vientiane namun pesakit berkenaan disahkan meninggal dunia pada jam 1 pagi semalam.

Laos yang terlindung daripada pandemik itu tahun lalu, menyaksikan penularan jangkitan dalam komuniti sekali gus menyebabkan kes meningkat daripada 49 pada awal bulan lalu kepada 1,302 kes setakat ini.

-Advertisement-

Penularan jangkitan dalam komuniti difahamkan berpunca daripada warga tempatan yang menjadi kontak rapat kepada seorang rakyat Thailand serta pekerja yang kembali dari negara berkenaan.

Thailand kini berdepan gelombang ketiga penularan pandemik terbabit.

Vientiane ketika ini melaksanakan perintah berkurung, melarang penduduknya keluar rumah kecuali atas urusan penting serta mendapatkan bantuan perubatan malah pergerakan rentas dari ibu negara itu ke wilayah lain dilarang sama sekali.

Pakar kesihatan sebelum ini mendakwa jumlah kes positif COVID-19 yang rendah di Laos pada tahun lalu kemungkinan disebabkan kekurangan pelaksanaan ujian saringan.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427