11 pelajar SM Imtiaz positif Covid-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU – Seorang guru dan 11 pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz di Saujana, Setiu telah dikesan positif Covid-19, demikian kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus.

-Advertisement-

Menurut beliau, perkembangan itu menyebabkan sekolah tersebut ditutup selama 14 hari bermula 28 April hingga 11 Mei nanti bagi membolehkan kerja pembasmian kuman dan saringan kontrak rapat dilakukan.

Dr Nor Azimi berkata, selain penutupan sekolah, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) turut melakukan saringan bersasar di sekolah berkenaan bagi mengesan kes-kes positif Covid-19 lain di sana.

“Saringan dibuat untuk mengesan kes-kes positif di sekolah ini. Mereka akan diasingkan dan diberi rawatan, dengan cara begini rantaian boleh diputuskan lebih cepat,” katanya pada hantaran di laman Facebooknya, pada Khamis.

-Advertisement-

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi tidak menolak kemungkinan jangkitan Covid-19 di sekolah atau institusi pendidikan datang dari komuniti sama ada oleh pelajar, guru atau kakitangan sokongan di sana.

Katanya, secara amnya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah khususnya sekolah rendah agak sukar berikutan murid-murid yang masih kecil selain pergaulan mereka tidak terbatas.

“Situasi sama turut berlaku di asrama sekolah terutama asrama yang mempunyai jumlah pelajar ramai dan sesak.

“Pelajar pun sangat akrab di asrama. Makan sepinggang tidur sekatil itu biasa. Seketul ayam dikongsi ramai pelajar pun biasa, tambahan pula di bulan puasa ini,” katanya.-SINAR


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427