Nenek paksa cucu mengemis setiap hari

Estimate Reading Time: < 1 minute

PALEMBANG: Video seorang nenek memukul dan menarik rambut seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai merupakan cucunya menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapat perhatian polis.

-Advertisement-

Lapor Kompas.com, video yang dirakam seorang wanita yang ketika itu duduk di dalam keretanya menunjukkan nenek yang dikenali sebagai Suryani, 46, memukul cucunya yang berusia lapan tahun kerana tidak mendapat duit yang banyak ketika mengemis.

Jurucakap polis, Tri Wahyudi memaklumkan, Suryani memaksa cucunya mengemis setiap hari dan menetapkan duit yang perlu kanak-kanak itu peroleh iaitu sekurang-kurangnya 30,000 rupiah sehari (RM8.50).

Katanya, wanita itu juga tidak berasa malu memukul cucunya di khalayak ramai sehingga menjadi perhatian.

-Advertisement-

Mengaku kepada polis, Suryani memberitahu dia mengajak cucunya mengemis kerana kanak-kanak itu masih bersekolah dari rumah susulan pandemik Covid-19.

“Saya mengaku ajak cucu mengemis bagi menampung perbelanjaan harian kami. Saya menyesal dengan apa yang berlaku, saya minta maaf,” katanya.

Sementara itu, wanita tersebut bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabit kesalahan, selain cucunya dilaporkan trauma dengan insiden yang berlaku.-UTUSAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427