Kematian COVID-19 di Brazil lepasi 400,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

MOSCOW: Sebanyak 3,001 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Brazil dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 401,186, kata Kementerian Kesihatan semalam, lapor Sputnik.

-Advertisement-

Jumlah kes yang disahkan di negara itu pula meningkat sebanyak 69,389 kepada 14,590,678 kes dalam tempoh yang sama.

Lebih 13.15 juta orang pulih sejak pandemik bermula.

-Advertisement-

Daripada segi jumlah kematian, Brazil di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat (AS) dan ketiga daripada segi jumlah kes selepas AS dan India.

Sehingga kini, lebih 149.93 juta orang telah dijangkiti COVID-19 di seluruh dunia, dengan lebih 3.15 juta kematian, menurut data Universiti Johns Hopkins.–BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427