Ambulans bawa pesakit Covid-19 terlibat kemalangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

ALOR SETAR – Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit Covid-19 terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan di Kilometer 52.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini hari ini.

-Advertisement-

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika ambulans tersebut yang turut dinaiki tiga petugas Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk pemandu dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, semua petugas KKM dan pesakit selamat dan telah dibawa ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 4.20 petang.

-Advertisement-

“Setibanya di lokasi, kita mendapati sebuah ambulans terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan dinaiki dua lelaki.

“Pesakit Covid-19 tersebut telah diasingkan ke lokasi selamat oleh petugas KKM sementara kelindan lori berumur 56 tahun mengalami kecederaan parah selepas tercampak keluar dari kenderaannya,” katanya.

Tambahnya, kesemua yang terlibat telah dibawa ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut.-KOSMO


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427