RM2.24 juta saman dalam 3 hari

Estimate Reading Time: < 1 minute

Johor Bahru: Sejumlah RM2.24 juta bayaran saman berjaya dikutip sempena tawaran diskaun saman 50 peratus dilaksanakan Polis Johor selama tiga hari bermula Jumaat lalu hingga semalam.

-Advertisement-

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, (JSPT) Superintendan M Kumarasan berkata, kutipan itu diperoleh sepanjang Program Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat di 13 daerah polis anjuran JSPT Johor.

Katanya, ia membabitkan 19,008 saman yang dibayar di 13 lokasi, dengan 1,650 individu seluruh negeri.

“Penyelesaian saman paling banyak dibuat di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, IPD Batu Pahat dan IPD Seri Alam.

“Antara saman yang diselesaikan adalah kesalahan had laju, topi keledar, tali pinggang, halangan lalu lintas, tiada perlindungan insuran dan cukai jalan tamat tempoh.

-Advertisement-

“Pendekatan sebegini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada semua, yang mana mereka boleh bertemu polis dengan lebih dekat untuk menyalurkan maklumat selain menyemak saman mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, sepanjang program itu, JSPT membuka kaunter saman di setiap daerah persinggahan.

“Jumlah kutipan sebanyak RM2.24 juta untuk tiga hari memang tinggi. Kalau ikutkan sehari dalam RM700,000 nilai saman dijelaskan,” katanya.

Dalam program itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bersama pasukan menjelajah ke beberapa lokasi termasuk di Pasir Gudang, Kota Tinggi, Muar, Tangkak, Segamat dan Pulau Tinggi di Mersing membabitkan kawasan seluas 278 kilometer.-Harian Metro


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427