Pusat Internet Komuniti dijadikan pusat pendaftaran penerima vaksin COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 1 April — Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara dimobilisasikan sebagai pusat bantuan untuk membantu orang awam terutama warga emas, yang menghadapi kesukaran mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

-Advertisement-

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini,  usaha itu diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam memerangi pandemik COVID-19.

-Advertisement-

“Sehubungan itu, kakitangan PIK yang bertugas sepenuh masa di PIK akan membantu melicinkan proses pendaftaran. Terdapat juga paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin COVID-19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan orang awam.

“Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dimajukan kepada pihak PIK yang berdekatan,” demikian menurut kenyataan itu.

— BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427