Bekalan air di tiga wilayah pulih sepenuhnya – Air Selangor

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 1 Apr  — Bekalan air di kesemua 31 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual di wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam telah pulih sepenuhnya pada 6 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri  berkata pihaknya berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

“Air Selangor ingin memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Advertisement-

-Advertisement-

Gangguan bekalan air berjadual itu berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada 30 Mac.

— BERNAMA

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427