Polis Kelantan perlukan tambahan pegawai, anggota narkotik di empat daerah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU, 30 Mac  — Polis Kelantan memerlukan tambahan anggota bagi mengekang masalah jenayah berkaitan narkotik, khususnya di daerah Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli yang terletak bersempadan dengan negara jiran.

-Advertisement-

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata pihaknya memberi tumpuan kepada empat daerah berkenaan bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah yang banyak dilaporkan berlaku di daerah berkenaan.

-Advertisement-

Beliau berkata setakat ini terdapat 70 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, dan hanya terdapat 20 hingga 30 pegawai serta anggota narkotik di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Sekiranya ada kes besar dan kita rasa tidak mampu tangani, kita akan minta bantuan daripada Bukit Aman yang akan turun ke negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Ketua Polis Kelantan bersama Komuniti Balai Polis Nilam Puri sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke- 214 di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Mohd Suhaimi Ali. -BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427