KUALA LUMPUR, 23 Mac — Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia menikmati hubungan yang sangat baik pada masa ini, sama ada dalam ekonomi dan keselamatan mahupun hubungan rakyat.
Duta AS yang baharu ke Malaysia Brian D. McFeeters berkata dalam bidang ekonomi, 500-700 syarikat AS telah melabur di Malaysia dengan pelaburan melebihi US$10 bilion.
“Daripada aspek keselamatan, kami telah bekerjasama dengan tentera Malaysia dalam meningkatkan kemampuan untuk mempertahankan kepentingan, termasuk berkaitan radar dan dron yang lebih baik,” katanya ketika melawat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di sini hari ini.
— BERNAMA