Amalkan tabiat mudah untuk kurangkan pembaziran air – Felo ASM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 Mac– Kurangkan masa mandian, menutup paip air ketika memberus gigi dan memeriksa kebocoran pada paip adalah beberapa tabiat yang perlu diamalkan untuk mengurangkan pembaziran air.

-Advertisement-

Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) Prof Ir Dr Dominic C.Y. Foo berkata dilaporkan, seorang rakyat Malaysia telah membazirkan sehingga 50,000 liter air setiap tahun dan setiap orang perlu memperbaiki tindakan mereka bagi memastikan terdapat akses untuk air bersih bagi generasi akan datang.

-Advertisement-

“Menerusi pendekatan ini, kita boleh memainkan peranan dalam memastikan mereka juga mempunyai akses kepada air bersih sama seperti kita, yang membolehkan kita kekal sihat,” katanya sempena Hari Air Sedunia yang disambut 22 Mac setiap tahun, dalam ruangan ‘Thoughts BERNAMA’ (https://www.bernama.com/en/thoughts/) hari ini.

Pada 2019, Foo berkata statistik daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menunjukkan penggunaan air per kapita di Semenanjung Malaysia dan Labuan meningkat kepada 230 liter per kapita sehari, iaitu 40 peratus lebih tinggi daripada tanda aras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu 165 liter seorang setiap hari.

— BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427