FAMA mahu bekerjasama dengan agensi lain, bendung penipuan babitkan harumanis

Estimate Reading Time: < 1 minute

 KANGAR, 17 Mac — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bersedia bekerjasama dengan agensi lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membendung penipuan dalam penjualan buah mangga harumanis.

-Advertisement-

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Mohamad Mustahapa Awang berkata kerjasama sedemikian amat diperlukan agar tindakan lebih tegas dapat diambil terhadap mereka yang berkenaan.

KPDNHEP misalnya boleh mengambil tindakan dalam konteks hak pengguna, sementara FAMA hanya boleh mengenakan tindakan menerusi Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan 2008 terhadap peniaga yang gagal meletakkan label sumber asal buah tersebut, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

-Advertisement-

“Sebagai contoh mangga harumanis yang ditanam di negeri lain tidak boleh mengunakan nama Harumanis Perlis kerana nama tersebut telah didaftarkan oleh Pejabat Pertanian Perlis di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),” katanya.

Untuk rekod, mangga harumanis Perlis (Klon MA 128) telah didaftarkan sebagai Petunjuk Geografi pada 2 Ogos 2011. -BERNAMA

 


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427