321,331 individu terima dos pertama vaksin COVID-19 setakat 15 Mac

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Seramai 321,331 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 38,632 individu, diikuti Perak (34,666), Sarawak (32,028) dan Sabah (30,433).

“Di Kuala Lumpur seramai 29,937 individu, Pahang (25,525), Johor (24,749), Kedah (21,171), Pulau Pinang (18,465), Kelantan (15,877) dan Terengganu (14,949).

-Advertisement-

-Advertisement-

“Di Negeri Sembilan pula seramai 12,865 individu, Melaka (8,251), Perlis (7,276), Putrajaya (4,165) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. -BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427