Pendakwaan akan mohon kes artis bunuh jurutera dipindah ke Mahkamah Tinggi

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEPANG, 2 Mac — Pendakwaan dalam kes seorang artis India tempatan, VJ Emergency, yang didakwa membunuh seorang jurutera tapak binaan pada Oktober tahun lepas akan memohon untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

-Advertisement-

Dalam sebutan kes itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Nasharina Nazlan berkata laporan bedah siasat, kimia, forensik dan asid deoksiribonukleik (DNA) sudah lengkap dan pihaknya akan memohon untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman kemudiannya menetapkan 5 April untuk sebutan semula kes itu dalam prosiding yang turut dihadiri peguam Datuk Sheelan Arjunan, mewakili VJ Emergency atau nama sebenarnya P. Vijayan.

-Advertisement-

Vijayan, 43, dituduh menyebabkan kematian K. Seri Ganis Kanapathy Pillay, 42, di kawasan bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport Business Centre, Kota Warisan di sini antara 2.38 pagi hingga 4.50 pagi, pada 28 Okt tahun lepas.

Tertuduh yang juga Presiden Persatuan Artis-Artis India Malaysia dan Presiden Gabungan Persatuan Seni India Malaysia selain pengurus hartanah menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

VJ Emergency pernah menghasilkan beberapa album Tamil dengan sentuhan Malaysia untuk pasaran tempatan dengan satu daripada lagu Tamil bertajuk ‘Sudahka Belum’.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427