Perlu atau tidak patuhi SOP selepas disuntik vaksin COVID-19

Estimate Reading Time: 2 minutes

BEIJING, 26 Feb  — Ramai gembira apabila program pemvaksinan COVID-19 bermula kelmarin tidak ketinggalan penulis yang turut teruja.

Pasti ramai yang ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan selepas selesai menerima suntikan kedua-dua dos vaksin.

-Advertisement-

Justeru, penulis terpanggil untuk berkongsi pengalamannya sendiri.

Penulis menerima suntikan dos pertama vaksin Sinopharm pada 30 Januari dan selesai disuntik dos kedua pada 21 Februari.

Selepas 28 hari pengambilan vaksin, 90 peratus penerima didapati sudah mempunyai antibodi.

Pengambilan vaksin COVID-19 tidak banyak berbeza dengan suntikan vaksin lain seperti flu. Jika di  China, kapas kesat untuk menekan tempat suntikan tidak boleh dibawa ke luar.

Ini kerana dua jenis vaksin Sinopharm dan Sinovac yang digunakan di China menggunakan teknologi tradisional iaitu mengandungi virus dimatikan.

Kapas kesat yang telah menyentuh bahan vaksin akan membawa virus yang sudah dimatikan.

Meskipun tidak mungkin mengakibatkan jangkitan, kapas yang dibuang merata boleh dikesan kit ujian yang akan mengelirukan proses pemeriksaan COVID-19.

Soalan yang sering berlegar di minda masyarakat ialah perlukah kita memakai lagi pelitup muka selepas selesai mengambil vaksin?

Menurut penulis, tidak perlu terburu-buru sebaiknya terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Ia memandangkan penyelidikan dan pengeluaran vaksin COVID-19 di seluruh dunia diadakan dalam waktu yang agak singkat dalam usaha untuk mencari penawar dan membendung pandemik.

Prosesnya kurang setahun sedangkan kebiasaannya penyelidikan dan pengeluaran sesuatu vaksin mengambil masa beberapa tahun dengan pemantauan jangka panjang.

Namun, disebabkan keperluan mendesak terhadap vaksin COVID-19, ia perlu dihasilkan segera untuk melindungi nyawa manusia.

Meskipun semua vaksin yang dipasarkan sekarang dibuktikan mampu menyediakan perlindungan, tetapi jangka hayat perlindungan masih belum benar-benar dapat dipastikan.

Sementara itu, satu aspek lain yang perlu diharungi dan ditangani ialah fahaman antivaksin.

-Advertisement-

Tidak dinafikan masih ramai tidak yakin dengan vaksin sebaliknya lebih mempercayai konspirasi. Golongan antivaksin ini sering mempertikaikan mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Sama seperti ubat lain, bahan-bahan asas vaksin juga tertulis pada label ‘instruction’.

Penulis yang disuntik dengan vaksin Sinopharm berkata bahan asas yang terdapat dalam vaksin itu adalah seperti sampel WTV04 COVID-19, sel vero, dan adjuan aluminium hydroxide.

Meskipun tidak memahami mengenai kandungan itu, namun sudah tentu penyelidikan dan pengeluaran vaksin melalui pelbagai pemeriksaan yang ketat oleh ramai pakar dalam bidang tersebut.

Menurut pakar, vaksin ini adalah selamat dan berkesan.

Penulis turut difahamkan sebanyak 200 liter bahan vaksin COVID-19 yang disediakan Sinovac dijadual tiba di Malaysia hari ini untuk dibotolkan.

Diharapkan rakan-rakan di Malaysia tidak berlengah untuk mendapatkan vaksin yang membolehkan kita kembali mengukir senyuman tanpa perlu berselindung di sebalik pelitup muka dan berada rapat dengan rakan dan sahabat yang kita sayangi.

Di samping itu, masalah mutasi virus juga perlu diambil kira. Meskipun pelbagai syarikat mengumumkan vaksin mereka berkesan terhadap mutasi yang didapati di Afrika Selatan dan Britian, tetapi virus ini terus bermutasi.

Berdasarkan kajian terkini, mutasi Britian dan Amerika telah menggabungkan semula gennya menjadi mutasi lebih hebat. Sementara di India dilaporkan mendapati lebih 240 jenis mutasi.

Justeru, marilah kita mengambil suntikan vaksin, terus mengamalkan SOP dan yakin kepada usaha yang dibuat oleh pakar.

Andai berjaya mecapai ‘herd immunity’, rantaian jangkitan dapat diputuskan untuk kita semua bersama-masa meneruskan kembali kehidupan seperti biasa.

— BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427