780 ditahan salahguna dadah di Sarawak

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUCHING: Seramai 780 individu ditahan dalam 712 kes penyalahgunaan dadah di Sarawak bagi tempoh bulan pertama tahun ini.

-Advertisement-

Ia adalah hasil 984 operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak bersama Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sepanjang tempoh Januari lalu.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 43 kes membabitkan 62 tangkapan berkaitan kesalahan membekal dan mengedar dadah serta ‘substance’.

“Sebanyak 15 kes membabitkan 18 tangkapan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah

Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan

boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati

atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak lebih 15 kali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan bulanan One Stop Committee (OSC) untuk Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak bagi bulan Januari 2021.

Fatimah berkata, sebanyak 160 kes membabitkan 209 tangkapan pula berkaitan kesalahan memiliki dadah dan

-Advertisement-

substance.

“Jumlah tangkapan kes memiliki dadah direkodkan sejak tahun tahun adalah sebanyak 2,425.

“Bagi kesalahan positif urin mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 pula, sebanyak 427 tangkapan direkodkan sepanjang bulan Januari,” katanya.

Sementara itu, sehingga 31 Januari lalu seramai 1,922 Orang Kena Pengawasan (OKP) dipantau oleh AADK di Sarawak.

“Bilangan OKP yang direkodkan menunjukkan

peningkatan 2.23 peratus, berbanding 1,880 kes pada bulan Disember tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan seramai 141 pelajar sekolah menengah di negeri ini dikesan positif dadah hasil saringan air kencing sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, statistik itu masih status quo kerana tiada saringan air kencing dilakukan di sekolah sejak dibuka semula pada 20 Januari lalu.

“Daripada 141 kes itu, seramai 10 pelajar berjaya pulih daripada penyalahgunaan dadah apabila air kencing mereka negatif bagi ujian susulan kali kedua atau lebih sepanjang mereka menjalani sesi rawatan, pemulihan dan kaunseling di sekolah masing-masing,” katanya. -BERITA HARIAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427