KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyasarkan semua pelaburannya berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) menjelang 2030 kerana mempercayai strategi berdasarkan aset lestari mampu lebih bertahan terhadap pergolakan dalam pasaran pada masa akan datang.
“Kami percaya ESG adalah vaksin untuk sebarang krisis,” kata CEO Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias dalam temu bual dengan Bloomberg TV.
“Apabila diimbas semula 2020, dan melihat aset yang patuh ESG, kami mendapati walaupun pada kemuncak Covid, aset ini merosot pada kadar lebih rendah berbanding yang lain.”
Permintaan juga tinggi untuk saham berdasarkan faktor ESG, dibantu prestasi agak baik strategi itu ketika pandemik.
Sebagai contoh, indeks ekuiti FTSE dengan pembabitan signifikan dalam pasaran alam sekitar meningkat 37% pada 2020, lebih dua kali ganda Indeks MSCI ACWI saham global.
Sasaran KWSP untuk patuh ESG berlaku dalam pada lonjakan jangkitan Covid-19 di Malaysia, dengan kilang milik pembuat sarung tangan termasuk Top Glove Corp antara sumber utama kes baharu.
KWSP mempunyai pemilikan 4.9% dalam pembuat sarung tangan getah terbesar dunia itu, yang sahamnya melonjak lebih 300% tahun lalu.
Susulan lonjakan, jangkitan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat awal bulan ini, sejurus sebelum perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa.
Kebanyakan jangkitan baharu di Malaysia dikaitkan dengan pekerja pendatang asing dari negara seperti Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia.
Tempoh darurat yang mungkin berterusan hingga 1 Ogos, adalah sesuatu yang positif untuk pasaran, kata Tunku Alizakri, yang memantau aset bernilai kira-kira USD233 bilion.
“Dari perspektif pasaran, keadaan itu sebenarnya membawa kepastian atau kenormalan dalam pasaran yang tidak menentu,” katanya. “Bagi kami, kestabilan ini seperti ini sesuatu yang baik.”
-FMT